Untuk artikel ini kita akan membincangkan tentang penaakulan/mantik/logik watak Pak Pandir yang menarik untuk dikupas. Secara ringkasnya alur kisah Pak Pandir berjalan secara linear dimana setiap peristiwa disusuli peristiwa yang lain. Watak Pak Pandir dimulakan dengan sebuah label sebuah watak yang “bodoh” namun kenapa dia bodoh? Apa definisi untuk bodoh?
Jika kita lihat kisah-kisah yang dicatatkan berkenaan bagaimana Pak Pandir menafsirkan arahan seperti berikut;
Mak Andih: Tangkap Ikan dengan Umpan Belalang Rusa.
Pak Pandir melihat rusa, menyemak set arahan, ada Rusa.
1: Gunakan Belalang Rusa sebagai umpan
2: Terjumpa Rusa (Semak Situasi 1 ada Rusa)
Lanjutkan arahan..
Adakah Pak Belalang salah? Tidak sepenuhnya ekoran;
Cari Umpan-> Jumpa haiwan umpan-> Jadikan Umpan-> Dapat Ikan->Arahan selesai.
Maksudnya Pak Pandir mempunyai reasoning dan memproses maklumat yang bagus, yang bermasalah adalah konteks maklumat dan menariknya terdapat sebuah silogism ;
Arahan: Tunggu Lebai, Lebai Berjanggut.
Pak Pandir juga berfikir selepas bertanya rupa lebai;
Premis 1: Lebai itu berjanggut
Premis 2: Kambing itu berjanggut.
Kesimpulan: Kambing itu lebai.
Pak Pandir mengambil satu pembolehubah yang menonjol misalnya rusa daripada belalang rusa, kambing dalam corak yang ketara iatu janggut. Ini jelas kekurangan konteks tetapi pelaksanaan yang berjaya walaupun ada falasi.
Yang bermasalah disini adalah konteks dan Mak Andih selaku agen memberikan arahan dan konteks kepada Pak Pandir dimana adakah Pak Pandir benar-benar faham arahan yang diberikan oleh Mak Andih.
Lihat Pak Pandir disuruh menyuap kalau anak gergasi tidak lalu makan. Akibat anak gergasi lambat menelan Pak Pandir menyuapkan hingga anak gergasi itu mati. Pak Pandir sekali lagi melaksanakan arahan dengan patuh. Jadi masalahnya bukan reasoning tetapi semantik atau konteks yang sekurang-kurangnya Pak Pandir cuba mendapatkan konteks : umpan apa? Bagaimana rupa lebai?
Mak Andih dianggap watak yang bijak, tegas dan pemahaman yang kontekstual tetapi dia menggunakan model yang berbeza daripada Pak Pandir ketika berkomunikasi ekoran Mak Andih faham kiasan, metafora tetapi Pak Pandir tidak faham kiasan, metafora mahupun akal budi dan hanya pelaksana yang patuh bererti Pak Pandir itu seorang yang faham struktur tetapi bukan seorang yang berakal budi dan ketiadaan struktur kawalan seperti kalau anak gergasi sudah kenyang, tamat. Kalau air belum suam, jangan laksanakan arahan. Dan Mak Andih sendiri kekurangan selaku pemberi konteks seperti memandikan anak guna air suam tetapi tidak mengaitkan air suam dan anak kecil dan Pak Pandir juga mengetahui output anak itu mati dan bersedih.
Arahan: Jerang air panas ,biarkan suam suam kuku, Mandikan anak.
Pak Pandir tidak melihat kaitan air suam-suam dengan anak ekoran tidak dijelaskan oleh Mak Andih ekoran Pak Pandir kekurangan pembolehubah dan konteks.
Belalang Rusa = Serangga
Rusa= Mamalia
Sepatutnya “Carikan serangga iaitu belalang rusa untuk dijadikan umpan menangkap ikan”, “Jerang air panas tunggu sehingga suam barulah dimandikan anak agar anak tak melecur” yang konteks dan kategorinya lebih jelas serta ditetapkan had terhadap batasan yang dimiliki Pak Pandir.
Jadi masalahnya ialah kaitan antara tugas dan ini disebabkan konteks yang merupakan hujah asas dalam artikel ini bagaimana Pak Pandir tidak memahami arahan sepenuhnya akibat ketiadaan konteks dan had yang ditetapkan oleh pemberi arahan oleh Mak Andih memandangkan Mak Andih mengetahui suaminya jenis yang sedemikian tetapi arahannya tidak disesuaikan untuk batas Pak Pandir memproses arahan yang betul atau memproses maklumat daripada Mak Andih.
Masalah yang seringkali berlaku dalam kehidupan yang jadi persoalannya adakah kita faham arahan dengan konteks arahan?
Bagaimana pendapat anda berkenaan perkara ini?