Terdapat beberapa tafsiran berkenaan penderitaan yang menjadi asas kepada kepercayaan moden namun kita akan memfokuskan kepada daripada sudut ateism Barat yang secara umumnya reaksi terhadap tindakan manusia didunia yang dikaitkan dengan membiarkan “penderitaan” itu berlaku yang justeru masih terikat dengan masa dan ruang yang diciptakan oleh Allah namun kita akan melihat secara ringkas macam mana hal itu berkembang dengan bahasa yang mudah agar semua memahaminya.
Sebelum itu penderitaan yang boleh kita nampak disini ialah misalnya kejadian seperti manusia sakit akibat penyakit, peperangan, gangguan jiwa, dan penganiayaan daripada orang lain, mahupun bencana alam yang sukar dihindari yang mana dalam perspektif Epicurus yang dipopularkan Bayle dan David Hume (sebab tiada rekod karya Epicurus tetapi dipetik dalam karya Lactantius) yang memanjangkan makna kejahatan terbahagi kepada tiga walaupun terdapat banyak tapi kita gariskan tiga iaitu;
- Kejahatan moral yang disebabkan kehendak bebas misalnya manusia membunuh, merosakkan alam, mencuri merompak
- Kejahatan alami yang tidak dapat dikawal oleh manusia iaitu bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan sebagainya.
- Kejahatan adalah penyimpangan daripada perkara yang sepatutnya ada.
Akibatnya lahirnya penderitaan manusia yang terus menerus. Berdasarkan sebab akibat inilah, daripada pandangan mereka menyerang kepada agama linear yang memunculkan relevan soalan ni iaitu alam yang dipenuhi kecacatan dan penderitaan tidak mengizinkan kita menyimpulkan bahawa Tuhan itu ada. Daripada itulah lahirnya soalan yang cukup popular iaitu Problem of Evil yg menggunakan logik binari Aristotle;
Jika Tuhan mahu mencegah kejahatan tetapi tidak mampu maka Tuhan lemah.
(Kemudian) Jika Tuhan mahu tetapi tidak mampu maka Tuhan tidak berperikemanusiaan.
(Kemudian) Jika Tuhan mampu dan mahu kenapa kejahatan tetap wujud?
Beberapa hipotesis oleh Hume yang membawa kepada lahirnya ketiadaan Tuhan ;
- Alam ini sempurna dan baik (Tak,sebab penderitaan wujud)
- Alam ini jahat ( Tak, sebab masih ada kebaikan)
- Ada kejahatan dan kebaikan wujud bersama (Tapi hukum fizik seragam(anda pasti hahaha)
- Kejahatan dan Kebaikan tak wujud (Paling masuk akal baginya)
David Hume mencipta matrik sebegini ekoran untuk menyanggah ketika yang Baik dan Jahat jadi dia menggunakan logik yang serupa (0 dan 1) walaupun Hume sendiri didapati juga sekurang-kurangnya menggunakan paradigma yang sama hingga meninggalkan masalah besar yang sehingga kini tidak terjawab daripada Kant,Hegel, Niesztche hinggalah metamodenism namun itu perkara lain yang bertitik tolak daripada logik binari yang menjadi asas untuk kita faham pemikiran orang-orang Eropah ini.
Melihat kepada persoalan David Hume tadi, persoalannya dikembangkan hingga menginspirasikan pemikir Perancis iaitu Denis Diderot dan Baron d’holbach yang kemudiannya mereka mengembangkan lagi pemikiran itu sebagai Diderot membikin ensiklopedia “tentang segalanya” yang bertitik tolak daripada semua wujud bersebab bukan Tuhan jadi era ini era permulaan meruntuhkan “Tuhan”. Tetapi persoalan kemudian kenapa “Tuhan” boleh wujud yang mana menerusi tulisan Ludwig Feuerbach menulis kalau Tuhan tiada maknanya Tuhan ini ciptaan manusia dan masukkan sikap sempurna dalamNya. Yang ini juga kemudiannya digunakan oleh Karl Marx sebagai “agama adalah candu” walaupun Marx mungkin berpendapat lain tetapi itulah tafsiran terhadapnya bahawa agama dijadikan alat untuk mendodoikan masyarakat yang ditindas yang mana sekurang-kurangnya sebelum sempat melihat kebangkitan Bolshevik, Marx percaya agama satu-satunya candu idea.
Kemudiannya, pengisytiharan Tuhan sudah mati oleh Niesztche dan kritikan tentang istilah ciptanya “penghambaan moral”. Memang ada yang mengatakan itu kritik sosial ataupun sains tetapi bagi mereka, asasnya harus ada yang mereka menyerang secara langsung teologi bahawa runtuhkan “Tuhan wujud” kemudian meruntuhkan impaknya kepada sosial dan pendidikan yang seperti pasukan positivisme seperti Betrand Russel dan AJ Ayer bahkan Darwin. Penulis juga berhati-hati untuk tidak mengheret pembaca bahawa agama adalah alat, kerana daripada perspektif sistematiknya “agama adalah alat/rekaan” ialah sebuah kecuaian ekoran hujah itu relevan setakat awal abad ke 19 memandangkan cuma sejarahnya dan perspektif mereka disebutkan terlebih dahulu.
Implikasi pemikiran ini kemudiannya merebak walaupun asalnya berasal daripada trauma terhadap politik gereja yang kemudian ratusan tahun melahirkan pemikiran atau agama baharu iaitu humanisme menerusi penerbitan Manifesto Humanisme pada 1933 selepas Great Depression yang dikemaskini sebanyak 2 kali, kali terakhir 2003 yang mana edisi pertama jelas memanifestasikan reaksi zaman itu kepada sesuatu yang boleh dipersalahkan dan menyiapkan pengisian.
Antara isi 15 tesis yang diringkaskan adalah;
- Alam ini tidak dicipta oleh Allah dan wujud secara semulajadi melalui teori sains seperti Big Bang.
- Manusia adalah produk evolusi daripada proses evolusi ribuan tahun bukannya ciptaan khas.
- Roh tidak wujud dan kesedaran atau minda bergantung kepada jasad.
- Agama adalah ciptaan manusia daripada budaya dan sejarah.
- Matlamat manusia bukan menyembah Tuhan sebaliknya mencapai potensi diri di dunia ini.
- Nilai baik dan buruk bersumberkan pengalaman hidup, keperluan sosial serta empati bukan perintah Tuhan.
- Kaedah saintifik dijadikan rujukan untuk menyelesaikan krisis sosial dan memandu penilaian benar dan salah.
- Mengesyorkan ekonomi sosial -kerjasama.
- Kebebasan individu,hak dan keadilan hendaklah dijamin oleh masyarakat.
Kelihatannya seperti sebuah binaan agama yang tergesa-gesa ekoran semuanya berdepan masalah misalnya point 1,2,3,yang jelas sempit untuk zaman itu yang mana beberapa puluhan tahun itu dipersoalkan. Manakala point 1, 4 seakan-akan bertentangan dengan 6 ekoran seandainya keseluruhan agama ditolak maka moral itu sendiri tidak wujud ekoran sepanjang sejarah yang berlaku hanyalah perkara semulajadi dan moral tidak wujud ekoran itu tafsiran agama melainkan meminjam tafsiran agama lain yang dipengaruhi budaya dan sejarah. Misalnya mencuri itu salah. Masih meminjam moral agama kelihatannya cuma sebab akibat digantikan kepada berpaksikan manusia.
Oleh kerana manifesto inilah, reaksi sangat bercampur bahkan daripada kelompok ateis tegar yang ke arah kebenaran mutlak yang kebetulan beberapa tahun sebelum itu juga ahli Matematik Bertrand Russell membuktikan 1+1=2 secara abstrak yang sayangnya dipatahkan Kurt Gödel bahawa mana-mana teori/sistem dalam matematik dan logik tidak boleh dibuktikan dalam sistem itu sendiri. Russel mengakui bahawa manusia mempunyai had fikiran. Satu soalan untuk manifesto pertama ini : Macam mana kita tahu ada atau tidak sedangkan kita terbatas penglihatannya? Mungkinkah Hume menambah bahawa hipotesis kelimanya sepatutnya “tidak tahu”. Kerana itulah dari awal tadi niatnya “Macam mana/Kenapa mereka berkata begini?”
Yang menambahkan keanehan lagi, bagaimana seseorang yang mengakui tidak percaya kepada apa-apa tetapi percaya Sekular Humanisme yang jelas susunannya mirip dengan sebuah agama tanpa supernatural atau hal ghaib yang masih meninggalkan persoalan-persoalan dan bukti nyata bahawa kejahatan didunia seringkali dilakukan yang diletakkan sebagai mulia itu.
Sekular Humanisme ini dilihat sebagai alat untuk mengawal manusia menerusi Jean-François Lyotard. Tambahan peristiwa-peristiwa yang berlaku dimana manusia yang rasional itulah memimpin pembunuhan besar-besaran, penciptaan mesin pemusnahan, mengaut keuntungan , percaya Tuhan atau tidak pokoknya manusia itu masih jahat. Jadi perkara inilah membawa kepada kelahiran pemikiran pasca moden, sebagai reaksi terhadap idea utopia modenisme dan anak emasnya sekular humanisme bahawa;
- Manusia yang agung itu hanyalah ciptaan dan wacana bukannya hakikat semulajadi.
- Akal dan Sains tidak pernah neutral, ianya dipengaruhi budaya dan kepercayaan malah digunakan sebagai alat mengawal misalnya institusi kerajaan untuk menstruktur dan mengawal masyarakat (serta kapitalis untuk mengawal pengguna)
- Moral sejagat tidak wujud yang dipengaruhi zaman dan budaya. Apa yang salah hari ini mungkin betul di masa hadapan.
Kesemua ini kemudiannya zaman pasca kebenaran dimana maklumat adalah senjata kerana sesiapa sahaja boleh mendakwa sebagai kebenaran dan fakta-fakta boleh direka untuk tujuan tertentu (ini agak relevan untuk masa kini).
Berbalik tentang persoalan jahat dan Tuhan membiarkan kejahatan hinggalah kebenaran itu tak wujud, semuanya adalah reaksi yang diperbetulkan bukan persoalan Tuhan wujud atau tidak ekoran misalnya penderitaan manusia juga berdepan bahawa hampir kesemua kejahatan dan kezaliman didunia ini disebabkan dan dicipta oleh kita tetapi seringkali menyalahkan sesuatu. Ataupun logik hanyalah gajah yang ditunggang emosi dan pengalaman peribadi yang mana akal akan menjustifikasikan ekoran manusia itu sendiri bukan sepenuhnya makhluk yang rasional. Lihat Faith of the Fatherless seandainya hujah bahawa manusia memasukkan sifat sempurna kepada Tuhan untuk melepaskan diri daripada penderitaan, tokoh-tokoh ini memasukkan sifat orang sekeliling mahupun ibubapa mereka ke dalam sifat Tuhan iatu kaki pukul,pemarah,kejam sedia menghukum sesiapa sahaja yang akal kemudian cara mereka memandang agama berbeza.
Ulasan ringkas penulis:
Peperangan dirancang oleh pemimpin-pemimpin yang strategik dan berpengalaman. Sistem pengawalan manusia ditulis oleh manusia yang pintar. Projek senjata kemusnahan umat manusia dijalankan oleh saintis-saintis yang terbaik. Kelahiran kumpulan pengganas disumbangkan oleh psikologi binatang yang dikemukan oleh psikologis terbaik. Sistem kewangan mencekik direka oleh manusia yang pintar. Oh..para diktaktor ada yang sangat pintar berfalsafah tetapi sangat kejam. Ada juga pengasas syarikat yang mengawasi setiap inci manusia asalnya kelompok kiri. Ada yang menafikan genosid di wilayah A kerana ideologi yang sama. Kapitalis juga rasional dan saintifik untuk memerah keringat. Pereka seni bina sistem juga sangat pintar memahami ruang. Akal juga adalah alat kejahatan yang jelas kita lihat di sekeliling kita. Juga alat kebaikan yang ketika inilah tuntutan panduan kembali ada.
Hampir kesemua peristiwa yang berlaku disebabkan manusia dan pencarian jawapan tentang semua ini kebiasannya tertuju kepada Tuhan ekoran itulah perkara yang cukup mudah. Ini juga menimbulkan dilema baharu, jika Tuhan mampu dan menghalang kejahatan bermaksud kehendak bebas mereka dicabut ekoran ini turut hilang bersama-sama tanggungjawab untuk menegakkan keadilan kerana mereka tiada kehendak bebas. Dalam keadaan yang ekstrem,persoalan berubah kepada masalah manusia itu sendiri iatu seandainya manusia adalah mulia, rasional kenapa mereka masih menzalimi,menindas alam dan manusia lain sedangkan mereka yang menentukan segala-galanya sejak dari awal lagi? Krisis Keimanan terhadap Humanisme juga berlaku akibat ini.
Inilah penerangan ringkas tentang perkembangan persoalan penderitaan dan kejahatan oleh pemikir Eropah disertai perspektif dan ulasan terhadapnya.